Kunjungan anda yg ke

Jumaat, 1 Januari 2010

28 & 29 Disember 2009...Sekali lagi kami, Cronie Adventure Team berkumpul beramai-ramai sambil menghirup bayu laut yang segar bertempat di Pulau Aman, Pulau Pinang..
Walaupun tujuan kami ke sana hanya untuk bercuti bersama-sama, tetapi masa yang tidak akan berulang kembali tidak dibuang begitu sahaja.. Abah mengambil kesempatan dengan menyelitkan sedikit sebanyak bagaimana untuk Membentuk Pembentukan Sahsiah Diri bagi setiap individu..Penyertaan bagi program kali ini adalah khas untuk semua urusetia.. Juga diberi tunjuk ajar mengenai " Cara-cara untuk menjadi seorang pengacara majlis "..


Setiap peserta yang terlibat dengan program kali ini, diberi peluang untuk mencuba menjadi seorang pengacara majlis.. Yaaa.. macam-macam perasaan yang ada pada setiap peserta yang akan berucap pada malam itu.. Ada saja yang memberi alasan masing-masing.. Sehingga ada yang melarikan diri ke tepi jeti..




Pada hari berikutnya kami sekali lagi diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal..



..Inilah jarak penurunan yang dituruni oleh setiap peserta yang terlibat..


Aktiviti yang agak mencabar ini diawasi oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dalam bidang ini.. Bagi peserta yang pernah melakukan aktiviti ini sudah tentu berasa gembira untuk melakukannya, manakala peserta yang tidak pernah melakukannya pelbagai perasaan yang timbul.. Ada yang menangis, menjerit, meminta bantuan, itu dan ini..



Disebabkan masa mencemburui kami, Cronie Adventure Team bersiap sedia meminta diri untuk pulang ke seberang.. Sebelum pulang, Abang Zam selaku pengurus Cronie Adventure Team mencuri sedikit masa untuk mengadakan majlis penutup secara ringkas dan padat..


Para peserta diberi sedikit cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan..
We apperciate that.. Thank You..

..Bergambar beramai-ramai..

Semoga ALLAH merahmati pertemuan kita pada kali ini dan memberkati pertemuan akan datang..
InsyaALLAH..





sahabat itu indah