Kunjungan anda yg ke

Selasa, 1 Jun 2010

Gunung Kurau

Baru- baru penulis sempat meluangkan masa bersama- sama dengan Pengurus Cronie Adventure En. Zamzam dan beberapa orang krew dari team Cronie Adventure menerokai sekitar kawasan Gunung Kurau. Sebenarnya penerokaan ini hanya separuh kerana Gunung Kurau ini mempunyai pelbagai sejarah yang tersendiri yang masih belum di jelajah sepenuhnya. Untuk pengemar-pengemar aktiviti mendaki, pihak Cronie Adventure telah menrangka untuk mengadakan satu program Explorasi Gunung Kurau dalam waktu terdekat ini.. Di kesempatan ini beberapa gambar mengenai tempat-tempat yang menarik di sekitar Gunung Kurau telah diambil untuk tatapan semua.


Kalau dapat kita saksikan dari jauh, Gunung Kurau ini jelas berbentuk seekor gajah yang sedang tidur. Namun sebenarnya banyak kisah dan cerita- cerita yang telah sempat penulis menemuramah penduduk- penduduk setempat. Antara kisah ke wujudan itu di bukti dengan penemuan oleh orang terdahulu dan ada antaranya lebih kepada kisah dongengan. Penulis menemui seorang penduduk tempatan yang di kenali sebagai Pak long Hamzah. Beliau menyatakan asal Gunung Kurau ini adalah terjadi ketika dahulu kala sang kelembai yang di kenali dengan sifat yang sukar menyumpah menjadi batu apabila menegur. Telah menegur Gunung Kurau yang dahulu nya merupakan Istana Dewa-dewa kayangan dan akibatnya Istana ini telah menjadi batu. Ini di buktikan lagi apabila beliau menyatakan terdapat banyak gua serta batu yang meyerupai bentuk- bentuk tertentu. Antaranya terdapat gua pelamin, gua bersanding, kolam, batu berbentuk katak, nyamuk,gajah serta pelbagai lagi. Namun cerita ini lain pula kisahnya..Penulis menemui seorang lagi penduduk yang menyatakan gua ini dahulunya di kelilingi oleh lautan dan tempat kapal- kapal berdagang. Buktinya terdapat beberapa penemuan seperti tali sauh kapal, kulit- kulit hidupan laut seperti kerang dan siput dan nama gunung kurau ini juga di ambil sempena seekor ikan kurau yang di tangkap penuh mesteri yang mana telah di bunuh. Kepala ikan kurau itu berada di Gunung ini dan ekornya telah hanyu hingga ke kuala dan kuala itu telah di nama kan Kuala Kurau. Sebenarnya banyak lagi kisah2 yang dapat di ketahui namun hanya ini yang dapat penulis ceritakan.


Gunung Kurau dari pandangan tepi. Cuba perhatikan betul- betul. Bentuk gajah sedang tidur.

Permandangan menarik dari puncak Gunung Kurau.
diantara Gua - Gua yg di temui terdapat di Gunung Kurau. Sememangnya banyak lagi gua-gua yang belum di terokai.

Sungai - sungai yang mengalir di sekeliling Gunung Kurau
Kepada yang berminat untuk mengadakan aktiviti mengenai Gunung Kurau bolehlah hubungi  penulis di nombor yang tertera di bawah ini :
Muizhar Bin Mohamad
0194498876 atau 0125635376
Kepada Abg Jaha, salah seorang
dari team kami ini, kami doakan moga cepat- cepat sembuh
dan senyum selalu..
MAY ALLAH BLESS YOU.
:)

sahabat itu indah