Kunjungan anda yg ke

Isnin, 31 Mei 2010

SaLam ceria semua.
Harap-harap kalian berada dalam keadaan
sihat hendaknya.
Entry kali ini ingin memaklumkan dan menceritakan
serta memberitahu kalian semua bahawa tupai-tupai sedang
melompat kegembiraan kerana musim durian telah tiba lagi.
Kepada penggemar durian, mungkin sentiasa menanti-nantikan
musim ini.
Tapak perkhemahan yang dikelilingi pohon buah-buahan
terutamanya pohon durian mungkin akan menjadi
tumpuan para pengunjung.


Kepada yang ingin menikmati kelazatan Raja Buah Durian,
kami mengalu-alukan anda semua
untuk datang berkhemah di tempat kami.

KEDATANGAN ANDA SENTIASA
DINANTI-NANTIKAN..!!

Selamat berkunjung~
:)

Rabu, 26 Mei 2010

Pada 21 hingga 23 Mei 2010,
seramai 6 orang dari CRONIE ADVENTURE TEAM telah melibatkan diri dalam
KURSUS ASAS MENDAKI TEMBOK TIRUAN ( WALL CLIMBING )
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2010.
Kursus ini telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.
Saya, sebagai salah seorang peserta kursus ini
amat berbesar hati kerana dapat mengetahui serta
mempelajari
tentang bagaimana cara untuk mendaki
dengan betul dan selamat.


Berdiri dari kiri : Zul, Nizam dan Shafiq
Duduk dari kiri : Nysa, Meera dan Pija.

Pertandingan wall climbing petang tu di sapu bersih oleh team Cronie Adventure dengan

1st : zul dgn catatan 01.46 saat

2nd : syafiq dgn catatan 01.49 saat

3rd : nizam dgn catatan 01.56 saat





gambar berikut merupakan gambar semasa
pertandingan mendaki diadakan.
Kedua-dua orang ini merupakan peserta
dari
Cronie Adventure Team.


salah seorang dari team kami berjaya
mendaki hingga ke puncak tembok berikut.

Seramai 30 orang peserta yang menyertai kursus ini.
Datangnya dari pelbagai daerah dan kawasan.

Ingin memohon seribu kemaafan di atas
kelewatan saya dalam mengUPDATE blog kami ini.
Diri telah dilanda kesibukan yang tak dapat dielakkan.
HARAP MAAF.
Pada 3 minggu yang lepas, beberapa orang dari team ini
telah melibatkan diri dalam aktiviti memancing
dan
melancong bagi memenuhi masa lapang.
Lokasi yang menjadi pilihan hati pada kali ini adalah bertempat di
Pulau Kapas, Terengganu Darul Iman.


Terengganu sentiasa menanti kedatangan kami.
Selamat Datang.


Perjalanan yang menyeronokkan.
Abah Hashim dan Abg Zam menikmati keindahan alam
dengan penuh ketenangan.


Boat yang menjadi pengangkutan kami ketika berada di sana.

Setelah penat, kami mengambil keputusan untuk
merehatkan
diri di MAKCIK GEMUK RESORT.
Perkhidmatan yang disediakan sangatlah
memuaskan hati
kami sebagai pengunjung resort ini.


SubhanALLAH..sungguh indah ciptaan Illahi.

Pandangan hadapan MAKCIK GEMUK RESORT.
Bersih dan nyaman.



Sedang menghirup udara segar.
Sangatlah nyaman dan menyelesakan diri.

Namun begitu, masa iri hati terhadap kami.
terpaksa meminta diri untuk pulang ke Pulau Pinang
dengan segera kerana terdapat tugas-tugas yang perlu
dilaksanakan.

TERIMA KASIH DAUN KELADI.
ADA MASA KAMI DATANG LAGI.

sahabat itu indah